Thursday, March 5, 2009

Latihan Amali

Setelah meneliti dan mengkaji semula objektif komuniti kita di tubuhkan. Adalah baik rasanya jika kita mengadakan tema photography setiap minggu. Supaya proses pembelajaran  dan sharing lebih efektif.

Setiap minggu bermula dengan hari isnin dan berakhir pada hari ahad. Setiap permulaan minggu ada 1 tema baru yang 'possible' untuk di lakukan dan warga komuniti akan menghantar SATU gambar terbaik (asli dan tiada editing, sharpen dan crop di benarkan) masing-masing pada hari terakhir minggu tersebut. 

Tema minggu hadapan 9-15 March ialah orang ketawa/senyum

Tarikh akhir pada 15 March

Next outing akan di umumkan nanti

Photography Exhibition

InsyaAllah, ini adalah peringkat perancangan . Rakan-rakan shutterclans akan dapat mempamerkan hasil seni karya anda semua nanti. Mulai dari skarang kita shoot, kumpul, print dan akan pamerkan pada suatu special event nanti. Mungkin dari hasil pameran atau jualan gambar-gambar dapat dijadikan pembakar semangat untuk terus shooting dan berkarya. Hobby bukan setakat mengisi masa lapang, boleh juga mendatangkan input dalam bentuk kewangan.

photography itu enjoy!

No comments:

Post a Comment